30 Mei 2024, Khamis — Tuan Setiausaha MDS, Encik Mohd Rahimee Bin Mohd Ramli bersama sama pegawai dari Bahagian Pelesenan MDS telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd.
Lawatan ini dibuat bagi menjalankan pemeriksaan premis, aktiviti-aktiviti dan proses-proses untuk permohonan penambahan aktiviti perniagaan yang dijalankan di Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd.