1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Draf Rancangan Tempatan (DRT) Daerah Setiu, Terengganu merupakan dokumen yang disediakan untuk Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) Daerah Setiu iaitu Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Negeri Terengganu. Penyediaan DRT Daerah Setiu adalah berdasarkan peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001, (Akta A 1129). Akta ini memperuntukkan bahawa semua PBPT perlu menyediakan Rancangan Pemajuan yang mana salah satu daripadanya adalah Rancangan Tempatan. DRT Daerah Setiu ini mengandungi dua laporan yang berasingan iaitu: -
i. Jilid I : LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN
ii. Jilid II : LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN
Laporan Rancangan Tempatan ini disediakan bertujuan untuk:-
i. Menterjemahkan dasar- dasar dan cadangan Rancangan Struktur Negeri Terengganu dengan terperinci.
ii. Menterjemahkan Wawasan Negeri Terengganu dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9) ke dalam Rancangan Tempatan Daerah Setiu.
iii. Bertindak sebagai garis panduan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk memandu, merancang dan mengawal selia sebarang pembangunan di dalam Daerah Setiu.
1.2 Langkah-Langkah Pemakaian
Di dalam mengguna pakai laporan ini, ia perlu dirujuk bersama- sama dengan Laporan Jilid 2 (Garis Panduan Pelaksanaan) yang terdiri daripada pernyataan- pernyataan dan ilustrasi - ilustrasi yang berkaitan dengan garis panduan perancangan dan reka bentuk.
Langkah- langkah yang perlu diikuti dalam mengguna pakai laporan ini adalah;
Rujuk Pelan Panduan Guna Tanah Utama untuk keseluruhan kawasan kajian bagi mengetahui kedudukan tanah terbabit dalam konteks Blok Perancangan (BP)
LANGKAH 2
Rujuk Peta Cadangan Blok Perancangan berkenaan untuk mengetahui kedudukan dan status tanah terbabit di dalam konteks Blok Perancangan Kecil (BPK). Kenal pasti guna tanah yang dibenarkan bagi tanah berkenaan berdasarkan warna di dalam petunjuk Peta Cadangan.
LANGKAH 3
Rujuk Jadual Kelas Kegunaan Tanah bagi mengetahui jenis- jenis pembangunan yang dibenarkan sama ada tanpa atau dengan dengan syarat dan pembangunan yang tidak dibenarkan mengikut BPK. Jika semuanya bersesuaian, maka permohonan tersebut pada dasarnya boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.
LANGKAH 4
Setelah mengetahui bentuk pembangunan yang dibenarkan, rujuk Laporan Jilid 2 : Garis Panduan Pelaksanaan, jadual Garis Panduan Pembangunan yang menerangkan panduan terperinci mengenai pemajuan sesuatu pembangunan mengikut BPK dan penyeragaman rupa bentuk keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT).
Langkah- langkah keseluruhan pemakaian laporan ini ditunjukkan di dalam carta 1.1
1.3 Matlamat Kajian
Matlamat kajian adalah;
Menyediakan Peta Cadangan Dan Garis Panduan Pelaksanaan sehingga tahun 2015 bagi Daerah Setiu berdasarkan peruntukan dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995, (Akta A933), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001, (Akta A 1129) serta Manual Penyediaan Rancangan Tempatan (Pindaan 2002), dengan mengambil kira dasar- dasar Rancangan Struktur Negeri Terengganu serta dasar- dasar terkiniÂ
Kerajaan Negeri Terengganu.
Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Setiu melibatkan keseluruhan kawasan Daerah Setiu yang meliputi kawasan seluas 130,436.3 hektar . Ianya merupakan 10.45% daripada keluasan keseluruhan Negeri Terengganu Darul Iman. Kedudukan Daerah Setiu adalah terletak di bahagian Utara Negeri Terengganu di mana ianya bersempadan dengan Daerah Besut di sebelah utara, Daerah Kuala Terengganu di sebelah selatan dan Daerah Hulu Terengganu di sempadan baratnya. Sementara itu, ia turut disempadani oleh Laut China Selatan di bahagian Timur.
Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan Daerah Setiu di dalam konteks Negeri Terengganu dan Jadual
MUKIM | KELUASAN (HEKTAR) | PERATUS |
---|---|---|
Besut | 123,367.8 | 9.48 |
Dungun | 273,503.1 | 21.03 |
Hulu Terengganu | 387,462.6 | 29.78 |
Kemaman | 253,559.9 | 19.49 |
Kuala Terengganu | 60,528.1 | 4.65 |
Merang | 66,654.3 | 5.12 |
Setiu | 130.436.3 | 10.45 |
Jumlah | 1,300,981.6 | 100.00 |
Sumber : Data Asas UPEN Negeri Terengganu 2002
Nota * : Warta Kerajaan Negeri 18/ 7/ 1996
Daerah Setiu mempunyai tujuh (7) mukim yang terdiri daripada Mukim Hulu Nerus, Mukim Merang, Mukim Hulu Setiu, Mukim Caluk, Mukim Tasek, Mukim Guntung dan Mukim Pantai. Tiga daripada mukim tersebut bersempadan dengan Laut China Selatan di bahagian Timur iaitu Mukim Merang di bahagian selatan, Mukim Caluk di bahagian tengah dan Mukim Pantai di bahagian utara. Sementara itu sebahagian besar Mukim Hulu Setiu dan Hulu Nerus dilitupi oleh hutan simpan yang turut berperanan sebagai kawasan tadahan air dan merupakan kawasan yang mempunyai ciri- ciri sensitif alam sekitar. (Rujuk Rajah 1.2 dan Jadual 1.2).
Jadual 1.2: Keluasan Mukim - Mukim Di Daerah Setiu
MUKIM | KELUASAN (HEKTAR) | PERATUS |
---|---|---|
Hulu Nerus | 54,523.30 | 40.12 |
Caluk | 20,589.60 | 15.15 |
Hulu Setiu | 23,292.90 | 17.14 |
Guntung | 16,348.50 | 12.03 |
Tasik | 5,827.10 | 4.29 |
Pantai | 8,499.40 | 6.25 |
Merang | 6,825.00 | 5.02 |
Jumlah | 130,436.30 | 100.00 |
Sumber : Taklimat Pembangunan Daerah Setiu 2002
Â
Rajah 1.1 : Kedudukan Daerah Setiu Dalam Konteks Negeri Terengganu Darul Iman
Rajah 1.2 : Kedudukan Mukim- Mukim Dalam Daerah Setiu
1.5 Blok Perancangan
Pembahagian Blok Perancangan (BP) bertujuan untuk memudahkan kajian dan perancangan yang akan dibuat di peringkat teknikal dan cadangan supaya lebih sempurna dan terperinci. Blok Perancangan Kecil (BPK) bagi setiap Blok Perancangan juga telah dikenal pasti berdasarkan cadangan- cadangan pembangunan dan pemajuan tanah oleh setiap sektor pembangunan.
Pembahagian BP adalah berasaskan faktor- faktor fizikal seperti identiti kawasan seperti sempadan mukim, kawasan- kawasan perkampungan, hubungan jalan raya, sungai dan halangan- halangan fizikal yang lain seperti hutan, paya dan persisiran pantai. Ini akan memudahkan kajian dan perancangan kerana beberapa data asas boleh digunakan secara langsung seperti data penduduk mengikut mukim yang dihasilkan daripada Laporan Banci Penduduk, 2000. Ia akan meningkatkan kadar ketepatan maklumat kerana data yang digunakan tidak diolah sebaliknya digunakan secara terus. Selain itu, maklumat guna tanah juga mudah diadaptasi ke dalam kajian ini memandangkan maklumat yang diperoleh daripada jabatan- jabatan teknikal adalah berasaskan kepada daerah dan mukim. Melalui pembahagian blok perancangan ini maka analisis yang akan dijalankan di peringkat teknikal akan lebih tepat dan praktikal. Pembahagian blok perancangan yang dibuat telah membahagikan Daerah Setiu kepada sembilan (9) Blok Perancangan (BP) dan Tiga puluh satu (31) Blok- Blok Perancangan Kecil (BPK). Blok Perancangan dan Blok Perancangan Kecil bagi Rancangan Tempatan Daerah Setiu ini dinyatakan di dalam Jadual 1.3, Jadual 1.4 dan ditunjukkan di dalam Rajah 1.3 :-
1.6 Isu, Masalah Dan Prospek Kawasan Kajian
i. Bilangan penduduk yang rendah serta aktiviti ekonomi yang berasaskan pertanian bercorak tradisional pada amnya kurang menjana peluang- peluang pekerjaan dan mempunyai pulangan yang rendah.
ii. Pembangunan perbandaran adalah agak lembap dan hanya tertumpu di Bandar Permaisuri, Sungai Tong dan Putera Jaya. Kawasan perbandaran ini tidak mempunyai kepelbagaian perkhidmatan menyebabkan kadar pertumbuhan bandar sangat perlahan terutamanya dari segi pertumbuhan perniagaan, kemudahan awam dan infrastruktur serta kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang efektif.
iii. Daerah Setiu mempunyai kawasan sensitif alam sekitar yang luas iaitu 74,034.45 hektar atau 54.5 %. Kawasan ini terdiri daripada kawasan banjir, kawasan hutan, kawasan paya dan persisiran pantai serta kawasan lagun Setiu.
iv. Hutan merangkumi kawasan seluas 58,631.67 hektar iaitu kira- kira 44.95 peratus. Kawasan ini berpotensi dijadikan kawasan pelancongan, pengekalan dan tadahan air.
1.9 Penterjemahan Dasar-Dasar Peringkat Negeri Dan Daerah
Berpandukan kepada konsep dan strategi pembangunan wilayah Terengganu Utara, Rancangan Struktur Majlis Daerah Setiu Dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Setiu 1991–2010 serta Rancangan Pembangunan Daerah Setiu 1991 mencadangkan supaya tumpuan pembangunan diberikan kepada sektor pertanian dan pelancongan.
Memandangkan kedua-dua sektor ini merupakan aset utama kepada daerah ini adalah dijangka bahawa tahap pembangunan ekonomi akan dapat dipertingkatkan dengan pengukuhan pembangunan sektor tersebut dan secara tidak langsung ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan aktiviti perbandaran.
Berdasarkan kepada kedua-dua kajian tersebut, objektif pembangunan yang telah digariskan untuk Daerah Setiu adalah seperti berikut:
Mempelbagaikan asas ekonomi
Meningkatkan pembangunan bandar agar mencapai taraf hierarki perbandaran yang dicadangkan
Menyediakan asas infrastruktur yang baik
Meningkatkan hasil dan mutu pertanian
Meningkatkan aktiviti pelancongan
2.0 Konsep Dan Strategi Pembangunan>
Konsep dan strategi pembangunan yang telah digubal di peringkat Laporan Teknikal Kajian Rancangan Tempatan Daerah Setiu, ianya bertujuan untuk menjadi hala tuju kepada perancangan yang lebih komprehensif, berdaya maju dan mampan melalui penyediaan cadangan- cadangan yang terperinci mengikut potensi dan kesesuaian bagi setiap aspek yang telah dikaji.
Bahagian Konsep dan Strategi Pembangunan ini akan membincangkan secara ringkas mengenai keadaan semasa kawasan kajian serta merumuskan pemilihan konsep dan strategi pembangunan yang bersesuaian untuk kawasan rancangan tempatan (KRT) dari segi pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial.
2.2 Asas Pembentukan Konsep Dan Strategi Pembangunan Daerah Setiu
Di antara objektif dan strategi pembangunan yang diambil kira di dalam pembentukan konsep dan strategi pembangunan untuk Daerah Setiu adalah seperti berikut ;
- Manifesto Kerajaan Negeri – Islam Hadhari Terengganu Bestari
- Strategi Pembangunan Nasional
- Konsep Dan Strategi Pembangunan Wilayah Utara Negeri Terengganu
- Rancangan Struktur Majlis Daerah Setiu Dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Setiu 1991 – 2010 Dan Rancangan Pembangunan Daerah Setiu 1991.
- Dasar- dasar di dalam Rancangan Fizikal Negara
- Cadangan dasar- dasar dan strategi- strategi pembangunan di dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu.
2.3 Konsep Pembangunan Dan Strategi Wilayah Terengganu Utara
Konsep pembangunan dan strategi wilayah Terengganu Utara (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu) menunjukkan pembangunan spatial yang mempunyai empat zon utama iaitu bandaran dan pusat pertumbuhan, pertanian, perhutanan dan pengekalan dan pelancongan.
Konsep dan strategi wilayah ini adalah berdasarkan isu- isu yang telah dikenal pasti seperti berikut ;
- Keperluan untuk mempelbagaikan asas ekonomi,
- Keperluan untuk meningkatkan sistem pengangkutan dan lalu lintas,
- Pembangunan perlu dijalankan secara bersepadu,
- Pusat pertumbuhan yang padat perlu dipertingkatkan; dan
- Pengurusan sumber semula jadi dan alam sekitar yang cekap
- Perlunya mempertingkatkan jumlah kadar pertumbuhan penduduk
Konsep ini juga memberi penekanan kepada isu- isu yang berkaitan dengan kependudukan di kawasan bandar dan luar bandar terutamanya untuk Daerah Setiu yang mempunyai bilangan penduduk yang rendah iaitu seramai 50,346 orang pada tahun 2000 dan dijangka meningkat kepada 67,551 orang sehingga 2015 dengan kadar pertumbuhan tahunan 1.9% per tahun. Keadaan ini telah menyebabkan Setiu mengalami kesukaran untuk membangun kerana sumber tenaga yang terhad. Selain dari isu kependudukan konsep ini mencadangkan rangkaian jalan raya, lebuh raya dan laluan kereta api (masa depan) melalui daerah- daerah berkenaan. Jalan persisiran pantai dijangka akan bertambah penggunaannya dengan bertambahnya aktiviti pelancongan di kawasan pesisiran pantai terutama di Daerah Besut dan Setiu.
Wilayah Terengganu Utara telah dizonkan kepada 4 zon pembangunan utama iaitu ;
- Zon perbandaran,
- Zon pertanian,
- Zon pelancongan, dan
- Zon perhutanan dan penggalakan
Zon- zon pembangunan utama yang dicadangkan ini tidak banyak berbeza dari corak pembangunan yang berlaku pada masa ini. Walau bagaimanapun perancangan awal perlu dibuat supaya ianya dapat disusun dan tidak dibiarkan berkembang secara tersendiri bagi mengelakkan berlakunya percanggahan guna tanah.
Strategi pembangunan spatial ini menunjukkan zon pembangunan yang dicadangkan itu menjurus kepada arah dan hala cara baru penggunaan tanah di kawasan berkenaan yang perlu dijadikan panduan. Oleh itu program dan projek yang dicadangkan dalam kawasan ini perlulah bersesuaian dengan zon makro ini.
Di dalam strategi pembangunan wilayah Terengganu Utara, enam sektor utama yang diambil kira adalah seperti berikut:
- Hierarki petempatan
- Perindustrian
- Infrastruktur
- Pertanian
- Kemudahan Awam dan
- Pelancongan
2.4 Konsep Pembangunan
Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah "Konsep Pembangunan Koridor Tertumpu Bersepadu".
" Konsep Pembangunan Koridor Tertumpu Bersepadu " ini mencadangkan bahawa sebarang pembangunan akan datang di Daerah Setiu ini akan bertumpu di koridor- koridor pembangunan perbandaran yang telah ditetapkan dan sebarang pembangunan yang akan dijalankan perlu dilaksanakan dengan bersepadu untuk menyokong pertumbuhan perbandaran agar lebih pesat dari segi penduduk dan ekonomi. Seterusnya, dengan perkembangan tersebut maka kawasan- kawasan bandar ini mampu pula untuk menyokong pembangunan di kawasan- kawasan di luar bandar dengan penyediaan kemudahan- kemudahan yang lebih baik seperti kemudahan pengangkutan, perkhidmatan, perniagaan dan lain- lain (Rujuk Rajah 2.1).
Pembentukan konsep pembangunan ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut;
- Tahap ekonomi penduduk yang rendah dan terlalu bergantung kepada pertanian dan perikanan bercorak tradisional. Ianya mempengaruhi tahap perbandaran kerana kuasa membeli penduduk yang terhad. Oleh itu pembangunan haruslah ditumpukan di koridor-koridor perbandaran dan petempatan utama sedia ada.
- Konsep ini akan membantu untuk mengurangkan kos pelaksanaan pembangunan disebabkan oleh kemudahan-kemudahan infrastruktur telah tersedia di kawasan-kawasan tersebut.
- Kawasan-kawasan sekitar koridor-koridor pembangunan ini akan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti pertanian dan perikanan secara komersial serta menjadi tumpuan aktiviti pelancongan yang akan membantu ke arah memantapkan fungsi kawasan-kawasan perbandaran yang telah dikenal pasti.
- Konsep ini juga mengambil kira corak dan trend pembangunan semasa serta keupayaan tanah untuk pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.
- Pembangunan perbandaran yang intensif dengan penyediaan pelbagai aktiviti perniagaan dan perkhidmatan akan dapat mengurangkan pergerakan keluar penduduk ke daerah-daerah lain bagi mendapatkan perkhidmatan dan barangan. Selaras dengan dasar-dasar peringkat nasional,negeri dan daerah serta strategi-strategi yang digariskan di dalam Rancangan Struktur Majlis Daerah Setiu Dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Setiu 1991 – 2010 Dan Rancangan Pembangunan Daerah Setiu 1991, beberapa zon telah dibentuk bagi memantapkan lagi konsep pembangunan di Daerah Setiu iaitu;
2.4.1 ZON PERBANDARAN DAN PUSAT PERTUMBUHAN
Zon pembangunan ini meliputi kawasan seperti Bandar Permaisuri,Sungai Tong,Guntung Luar,Penarik dan Merang serta pusat-pusat petempatan lain telah dikenal pasti. Di dalam zon ini, aktiviti perdagangan, pengangkutan, rekreasi bandar, perumahan dan kemudahan masyarakat adalah digalakkan.
2.4.2 ZON PERTANIAN
Zon ini terdiri daripada kawasan pertanian sedia ada dan yang akan dicadangkan meliputi kawasan pertanian getah, kelapa sawit, dusun buah-buahan dan Iain-Iain lagi yang menyumbang kepada ekonomi tempatan. Kawasan-kawasan pertanian utama di Setiu adalah di Langkap, Caluk, Sungai Tong, Telaga Papan dan Merang. Penumpuan pembangunan pertanian pada masa depan haruslahbercorak pertanian komersial dan bersepadu. Industri-industri kecil sederhana berasaskan pertanian perlu digalakkan bagi tujuan aktiviti hiliran.
2.4.3 ZON PERHUTANAN DAN PENGEKALAN
Zon ini terdiri daripada hutan simpan yang terdapat di sebelah barat Daerah Setiu dan juga kawasan-kawasan paya yang terdapat berhampiran dengan kawasan persisiran pantai di sebelah timur Daerah Setiu. Beberapa lokasi yang sesuai boleh dicadangkan untuk aktiviti eko-lancong. Kawasan ini adalah kawasan tadahan air serta hutan simpan yang boleh dikategorikan sebagai kawasan yang sensitif kepada alam sekitar. Langkah-langkah kawalan perlu dijalankan bagi memelihara kualiti alam sekitar dan ekosistem sedia ada.
2.4.4 ZON PELANCONGAN
Kawasan di sepanjang persisiran pantai telah dizonkan sebagai kawasan pelancongan terutama kawasan Merang, Penarik dan Bari. Kawasan ini boleh dimajukan untuk tujuan pelancongan dan rekreasi. Selain dari itu pelancongan yang berasaskan budaya dan warisan juga diperkenalkan di Bintang dan Bukit Munduk.
2.4.1 ZON PERBANDARAN DAN PUSAT PERTUMBUHAN
Zon pembangunan ini meliputi kawasan seperti Bandar Permaisuri,Sungai Tong,Guntung Luar,Penarik dan Merang serta pusat-pusat petempatan lain telah dikenal pasti. Di dalam zon ini, aktiviti perdagangan, pengangkutan, rekreasi bandar, perumahan dan kemudahan masyarakat adalah digalakkan.
2.4.2 ZON PERTANIAN
Zon ini terdiri daripada kawasan pertanian sedia ada dan yang akan dicadangkan meliputi kawasan pertanian getah, kelapa sawit, dusun buah-buahan dan Iain-Iain lagi yang menyumbang kepada ekonomi tempatan. Kawasan-kawasan pertanian utama di Setiu adalah di Langkap, Caluk, Sungai Tong, Telaga Papan dan Merang. Penumpuan pembangunan pertanian pada masa depan haruslahbercorak pertanian komersial dan bersepadu. Industri-industri kecil sederhana berasaskan pertanian perlu digalakkan bagi tujuan aktiviti hiliran.
2.4.3 ZON PERHUTANAN DAN PENGEKALAN
Zon ini terdiri daripada hutan simpan yang terdapat di sebelah barat Daerah Setiu dan juga kawasan-kawasan paya yang terdapat berhampiran dengan kawasan persisiran pantai di sebelah timur Daerah Setiu. Beberapa lokasi yang sesuai boleh dicadangkan untuk aktiviti eko-lancong. Kawasan ini adalah kawasan tadahan air serta hutan simpan yang boleh dikategorikan sebagai kawasan yang sensitif kepada alam sekitar. Langkah-langkah kawalan perlu dijalankan bagi memelihara kualiti alam sekitar dan ekosistem sedia ada.
2.4.4 ZON PELANCONGAN
Kawasan di sepanjang persisiran pantai telah dizonkan sebagai kawasan pelancongan terutama kawasan Merang, Penarik dan Bari. Kawasan ini boleh dimajukan untuk tujuan pelancongan dan rekreasi. Selain dari itu pelancongan yang berasaskan budaya dan warisan juga diperkenalkan di Bintang dan Bukit Munduk.
2.5 Cadangan Strategi Pembangunan
Strategi pembangunan guna tanah adalah berdasarkan kepada hasil analisis potensi,halangan dan kesediaan tanah untuk pembangunan dengan menumpukan pengkhususan dan pengelompokan aktiviti ekonomi mengikut kekuatan dan prospek kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Berdasarkan kepada konsep pembangunan yang telah dicadangkan beberapa cadangan strategi telah dibentuk untuk merealisasi konsep pembangunan tersebut iaitu; Rajah 2.2 dan 2.3 menunjukan pelan kesediaan tanah untuk pembangunan dan juga pelan strategi pembangunan untuk Daerah Setiu.
2.5.1 STRATEGI HIERARKI PERBANDARAN DAN PETEMPATAN
Hierarki perbandaran dan petempatan yang dicadangkan adalah berasaskan kepada kekuatan
ekonomi, faktor kependudukan, aktiviti perdagangan dan perkhidmatan, tahap penyediaan kemudahan infrastruktur sedia ada dan aset sumber jaya sedia ada. Cadangan hierarki perbandaran dan petempatan berserta dengan fungsi-fungsinya adalah seperti yang  ditunjukkan di Jadual 2.1.
Jadual 2.1 : Strategi Hierarki Perbandaran dan Petempatan Serta Fungsi
Secara keseluruhannya, cadangan hierarki perbandaran dan petempatan ini adalah selaras dengan dasar- dasar dan strategi sebelum ini kecuali Penarik yang dicadangkan untuk dinaikkan ke tahap Pusat Kecil Daerah. Ini adalah disebabkan oleh faktor Penarik yang berpotensi untuk dijadikan pusat perikanan dan pelancongan bersepadu di Daerah Setiu. Guntung Luar dan Merang perlu diperkukuhkan bagi memastikan kawasan- kawasan tersebut berfungsi sepenuhnya sebagai Pusat Kecil Daerah.
2.5.2 STRATEGI PEMBANGUNAN PERTANIAN
Pembangunan pertanian akan terus diberikan penekanan dan galakan kerana sektor ini merupakan asas ekonomi utama penduduk. Walau bagaimanapun pembangunan sektor ini pada masa hadapan perlu berorientasikan pembangunan pertanian secara komersial, bersepadu dan akan disokong oleh aktiviti- aktiviti penyelidikan dan pembangunan setempat. Galakan akan diberi kepada penglibatan penduduk tempatan atau kaedah usaha sama dengan agensi swasta dengan pengawasan dan penyeliaan oleh agensi- agensi kerajaan. Agensi- agensi kerajaan yang terlibat di dalam aktiviti pertanian ini perlu bekerja sama dengan menggunakan pendekatan bersepadu bagi merealisasikan strategi tersebut.
Pengukuhan aktiviti pertanian sedia ada akan dijalankan. Di samping aktiviti pertanian komersial utama seperti kelapa sawit dan getah, tanaman- tanaman lain yang perlu diperkenalkan adalah meliputi penanaman buah- buahan dan tanaman- tanaman lain yang bermutu. Penternakan lembu secara besar- besaran perlu digalakkan dengan penyediaan kawasan padang ragut yang luas dan baik.
Beberapa koridor pertanian utama telah dikenal pasti seperti ;
- Koridor Pelong – Langkap – Sungai Bari – Gong Terap – Telaga Papan. Aktiviti yang dicadangkan di sini adalah meliputi tanaman buah- buahan, getah, kelapa sawit dan penternakan besar- besaran.
- Koridor Gong Batu – Fikri – Penarik. Aktiviti yang dicadangkan adalah akuakultur yang bertumpu di kawasan lagun dan di persisiran pantai perlu digalakkan di samping mengekalkan dan memelihara kawasan- kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan bakau dan nipah.
- Koridor Sungai Tong – Kampung Rahmat. Aktiviti di sini adalah pengukuhan kepada pertanian komersial sedia ada seperti getah dan kelapa sawit.
- Koridor Merang – Rhu Tapai. Aktiviti yang dicadangkan di sini adalah pengukuhan kepada aktiviti pertanian sedia ada iaitu pertanian bercampur.
Bagi memastikan kejayaan strategi- strategi tersebut, beberapa cadangan telah dikenal pasti;
- Pusat latihan dan pengembangan di Koridor Pelong-Langkap-Sungai Bari-Gong Terap-Telaga Papan.
- Sungai Tong dicadangkan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan hasil pertanian.
- Mengintegrasikan aktiviti pertanian dengan agro- pelancongan melalui penyediaan kemudahan seperti chalet, aktiviti rekreasi, aktiviti memancing dan lain- lain yang berkaitan.
2.5.3 STRATEGI PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Pembangunan pelancongan dan rekreasi akan terus digalakkan di kawasan persisiran pantai dan hutan. Pelancongan dan rekreasi berlandaskan 'eco- tourism' dan 'agro- tourism' adalah digalakkan. Sistem pengangkutan yang baik perlu dipertingkatkan. Beberapa cadangan strategi telah dikenal pasti untuk merealisasikan konsep pembangunan ini:
- Koridor Persisiran Pantai Merang – Bari – Penarik – Mangkuk. Aktiviti- aktiviti yang sesuai untuk dicadangkan di dalam koridor ini meliputi aktiviti rekreasi pantai, “river cruiseâ€, rekreasi laut, “homestayâ€, perhotelan, rekreasi memancing, pusat perkhemahan, pusat latihan motivasi dan bina semangat, pusat makanan laut serta penjualan cenderamata.
- Koridor Warisan Ekologi Gong Batu – Fikri dan sebahagian Sungai Caluk. Aktiviti- aktiviti yang dicadangkan adalah seperti aktiviti “river cruiseâ€, lawatan ke pusat akuakultur, Tasik Berombak di Bintang, aktiviti penyelidikan hutan paya, “homestay†dan aktiviti memancing. Pembangunan yang dijalankan mestilah dikawal agar tidak merosakkan kualiti alam sekitar dan ekosistem.
- Koridor Warisan dan Budaya Bintang dan Bukit Munduk. Kawasan Bintang dipilih kerana terdapatnya kompleks budaya yang telah dibangunkan serta aktiviti yang dicadangkan seperti pusat hentian, aktiviti penjualan dan pembuatan kraf tangan. Bukit Munduk pula dipilih kerana terdapat ciri- ciri warisan perkampungan tradisional serta terdapatnya kepelbagaian di dalam kampung seperti hutan, dusun, sawah padi, sungai, bukit, padang ragut dan sebagainya. Aktiviti seperti ‘homestay†adalah sesuai untuk dicadangkan di sini kerana lokasinya yang terletak tidak jauh dari laluan utama Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir.
- Perkampungan Sejarah Pengkalan Merbau. Mengikut sejarah awal petempatan ini, Pengkalan Merbau merupakan jeti utama untuk pengangkutan air dari Kawasan Pelong dan Hulu Nerus untuk ke Bandar Kuala Terengganu melalui Pekan Sungai Tong. Pada satu ketika dahulu terdapat aktiviti perniagaan di sini tetapi sudah tidak diusahakan lagi kerana telah terdapat jalan darat dari Pelong ke Sungai Tong. Aktiviti pelancongan yang dicadangkan adalah seperti “river cruiseâ€, memancing dan dusun buah- buahan.
- Pelancongan Berasaskan Hutan Lipur dan Air Terjun. Kawasan yang terlibat adalah seperti Lata Payong dan Hulu Seladang serta hutan pamah di sekitar Kampung Pak Kancil yang menawarkan beberapa jenis flora unik. Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti rentas hutan, tapak perkhemahan dan ‘homestay’.
2.5.4 STRATEGI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN
Kawasan perindustrian formal perlu dipertingkatkan dari segi persekitarannya dan juga penyediaan Infrastruktur. Di samping itu ianya perlu diuruskan dengan baik. Walau bagaimanapun galakan kepada industri kecil sederhana (IKS) perlu terus diberikan terutama industri berasaskan kayu dan perkhidmatan di Saujana, IKS berasaskan perikanan di Penarik dan IKS berasaskan pertanian di Sungai Tong dan Langkap.
Cadangan strategi pembangunan boleh dibahagikan mengikut zon-zon seperti di Jadual 2.2.
2.6 ARAH TUJU PEMBANGUNAN DAERAH SETIU
Pada amnya konsep dan strategi yang telah dicadangkan memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan khususnya untuk menjadikan Daerah Setiu sebagai pusat pelancongan dan pertanian di wilayah utara Negeri Terengganu. Pendekatan pengelompokan dan pengkhususan aktiviti-aktiviti pembangunan di Daerah Setiu boleh membantu untuk menyeimbangkan tahap perbandaran serta meningkatkan ekonomi penduduk.
Daerah Setiu dicadangkan sebagai sebahagian daripada Lembah Agro Negeri Terengganu bersamasama dengan Daerah Besut dan Hulu Terengganu. Oleh itu Daerah Setiu mempunyai potensi yang tinggi di dalam pembangunan pertanian dan perikanan. Pembangunan pertanian serta perikanan di Daerah Setiu perlu diperkukuhkan dengan pengembangan aktiviti hiliran seperti industri asas tani dan peningkatan di dalam penyelidikan dan pembangunan. Sektor ini dijangka dapat dimodenkan serta dikomersilkan selaras dengan wawasan pembangunan daerah iaitu sebagai pusat pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian bagi Wilayah Utara Terengganu
Penekanan kepada aktiviti pelancongan akan membolehkan Daerah Setiu dikenali dan secara tidak langsung ia akan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti sokongan dan perbandaran.
Pembangunan petempatan desa juga tidak diabaikan. Oleh kerana petempatan desa merupakan salah satu sumber jaya pelancongan maka pengekalan kawasan kampung akan ditekankan di samping peningkatan ekonomi penduduk tempatan ditingkatkan melalui penglibatan dalam sektor ekonomi.
Cadangan konsep dan strategi ini dijangka akan meminimumkan kadar migrasi keluar serta mempertingkatkan lagi jumlah penduduk di kawasan kajian. Selain dari itu, pada jangka panjang akan membolehkan daerah ini lebih stabil dan mampan serta mencapai wawasan pembangunan negeri dan daerah, dasar-dasar dan strategi Rancangan Struktur Negeri Terengganu.
3.0 PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS DAERAH SETIU2003-2015
Peta cadangan dan pernyataan bertulis akan memberi panduan terperinci mengenai pembangunan guna tanah bagi KRT Setiu sehingga tahun 2010 mengikut Blok Perancangan(BP) Cadangan guna tanah melibatkan guna tanah utama seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan lain-lain guna tanah yang di sokong seperti kemudahan infrastruktur, utiliti, institusi dan kemudahan masyarakat.
Peta cadangan dan pernyataan bertulis ini akan diperincikan mengikut Blok Perancangan (BP) dan Blok Perancangan Kecil (BPK). Setiap Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis akan memberi panduan serta gambaran tentang perkaraperkara berikut :-
i. Jenis guna tanah bagi setiap lot seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya yang meliputi guna tanah sedia ada yang dikekalkan, guna tanah komited, guna tanah mengikut keperluan unjuran sehingga tahun 2015 dan kawasan potensi untuk pembangunan baru.
ii. Cadangan kemudahan masyarakat dan sokongan mengikut keperluan dan kesesuaian tapak di setiap BPK. Walau bagaimanapun penentuan lokasi adalah mengikut keperluan unjuran bagi setiap BPK tanpa merujuk kepada mana-mana lot kecuali tanah-tanah kerajaan yang telah dikenal pasti.
iii. Cadangan sistem jalan raya utama dalam KRT
iv. Jaringan infrastruktur dan utiliti.
v. Fungsi bagi setiap petempatan mengikut hierarki yang ditentukan.
Peta cadangan (Rajah 3.1) akan memberi panduan pembangunan keseluruhan KRT sehingga tahun 2015 mengikut konsep dan strategi pembangunan yang telah dirangka di peringkat laporan teknikal.
Di dalam penyediaan peta cadangan ini, penekanan diberikan kepada pembangunan sektor pertanian, pelancongan, pembangunan institusi pengajian tinggi. Aspek pembangunan perbandaran juga diberi penekanan terutama di bandar-bandar sedia ada. Peta cadangan ini selain diperincikan kepada tujuh bahagian seperti mana mengikut pecahan Blok Perancangan (BP), ia juga dipecahkan mengikut perkara-perkara subjek berikut :-
- i.Cadangan memaju dan membangunkan tanah meliputi;
- i.sedia ada dan ditetapkan
- ii.cadangan berdasarkan unjuran 2015 dan
- iii.kawasan potensi pembangunan (kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan selepas tahun 2015 atau lebih awal sekiranya perlu)
- Cadangan pertanian
- Cadangan pengangkutan dan pengurusan lalu lintas
- Cadangan memperelokkan alam sekitar
- Cadangan pemeliharaan topografi
- Cadangan landskap dan kawasan lapang dan rekreasi
- Cadangan infrastruktur dan utility
3.1 CADANGAN PEMAJUAN DAN PENGGUNAAN TANAH
3.1.1 CADANGAN PERUMAHANÂ 2003-2015
Pembangunan kawasan perumahan akan diagihkan ke seluruh KRT terutamanya di sekitar pusatpusat petempatan terpilih dan kawasan-kawasan yang mempunyai potensi pembangunan di masa hadapan terutamanya di Bandar Permaisuri, Sungai Tong, Merang, Penarik dan Guntung Luar. Cadangan pembangunan perumahan di Daerah Setiu adalah berasaskan kepada isu, masalah dan prospek yang telah dikaji di peringkat teknikal seperti berikut;
• Kebanyakan perumahan di Setiu adalah perumahan kampung yang terletak di luar kawasan
pembangunan utama
• Permintaan perumahan terancang yang rendah berbanding penawaran. Terdapat lebihan perumahan (1,888 unit) dan kekosongan unit rumah disebabkan lokasi yang tidak sesuai.
• Keperluan perumahan kos rendah di kawasan tumpuan pembangunan sedia ada
• Pembangunan Rancangan Tanah berkelompok untuk perumahan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan oleh faktor lokasi dan kemudahan infrastruktur.
• Kesediaan tanah untuk pembangunan adalah tinggi terutama di kawasan perbandaran sedia ada
• Galakan dan tumpuan kepada rumah berbentuk percutian kesan daripada pembangunan pesat sektor pelancongan
Cadangan perumahan di Daerah Setiu melibatkan cadangan perumahan baru, cadangan kawasan berpotensi untuk perumahan masa depan dan cadangan pembaikan kualiti perumahan sedia ada.
Secara keseluruhannya, keperluan perumahan semasa di Daerah Setiu adalah mencukupi. Penekanan akan diberikan kepada penyediaan perumahan yang berkualiti bagi memenuhi permintaan kumpulan sasaran di lokasi-lokasi yang sesuai. Keperluan perumahan masa hadapan adalah juga bertujuan untuk memenuhi permintaan hasil daripada matlamat pembangunan perbandaran. Pembangunan perumahan masa depan dijangka akan dapat memantapkan lagi perkembangan serta fungsi bandar-bandar dan petempatan-petempatan sedia ada di Daerah Setiu.
Bagi lot-lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) perumahan, secara keseluruhannya telah mempunyai pelan susun atur yang lengkap. Adalah dicadangkan supaya kawasan berkenaan dibangunkan dengan konsep ‘site and services’ iaitu kemudahan tempat tinggal yang disediakan turut menawarkan kemudahan perkhidmatan sokongan kepada penduduk.
a) Cadangan Pembangunan Perumahan Baru
Cadangan pembangunan perumahan baru berasaskan kepada permintaan dan keperluan perumahan yang telah dikenal pasti mengikut unjuran sehingga tahun 2015. Pembangunan perumahan yang dicadangkan mengikut densiti supaya lebih terkawal dan sesuai iaitu;
- Densiti rendah
- Densiti sederhana
Jenis perumahan yang dicadangkan pula adalah perumahan jenis;
Fokus akan diberikan kepada pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan kajian. Selaras dengan wawasan untuk menjadikan Daerah Setiu sebagai pusat tumpuan pelancongan di negeri Terengganu, maka pembangunan di kawasan persisiran pantai dan hutan lipur perlu menerapkan ciri-ciri mesra alam dan harmoni melalui penyediaan perumahan bercorak percutian. Jadual 3.2 menunjukkan jumlah penyediaan perumahan mengikut BP sehingga tahun 2015.
- Sesebuah
- Berkembar
- Teres
- Rumah banglo percutian
- Rumah bandar percutian
Jadual 3.2 Penyediaan Perumahan Tahun 2015
Â
Cadangan projek-projek perumahan mengikut keutamaan bagi keseluruhan kawasan RTD setiu bagi setiap Blok Perancangan Kecil (BPK adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.3 di bawah. Cadangan kemudahan awam dan masyarakat juga ditunjukkan di dalam Jadual 3.3 untuk memudahkan rujukan.
Cadangan mewujudkan institusi pendidikan tinggi di daerah setiu akan diberi keutamaan kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di daerah setiu terutama di bandar Permaisuri dari segi peningkatan jumlah penduduk, tahap perkhidmatan dan perniagaan serta kemudahankemudahan masyarakat. Cadangan projek-projek utama bagi sektor kemudahan masyarakat adalah ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.
Jadual 3.4 Cadangan Projek-Projek Kemudahan Masyarakat Utama Mengikut BPK
Projek-projek yang dicadangkan di bawah sektor kemudahan masyarakat tidak dimasukkan di dalam senarai projek sebaliknya hanya ditunjukkan mengikut kesesuaian lokasi (BPK).
3.1.3 CADANGAN PERDAGANGAN
Berdasarkan kepada kajian semasa, sektor perdagangan di Daerah Setiu mempunyai pelbagai isu, masalah dan prospek yang perlu diambil kira di dalam sebarang perancangan pembangunan kawasan perniagaan sehingga tahun 2015 adalah seperti berikut;
- Taburan kawasan perniagaan di Daerah Setiu adalah berselerak dan tertumpu pada aktiviti gerai di sepanjang jalan-jalan utama.
- Kebanyakan perniagaan yang dijalankan di Daerah Setiu adalah berskala kecil dan bertumpu kepada aktiviti peruncitan sahaja.
- Pendapatan peniaga hasil daripada aktiviti perniagaan adalah rendah.
- Majoriti perniagaan di Daerah Setiu dijalankan oleh kaum bumiputera
- Aktiviti perniagaan di bandar-bandar utama terutama Bandar Permaisuri masih lagi kurang menggalakkan dan menyebabkan penduduk lebih cenderung ke Jerteh dan Kuala Terengganu untuk mendapatkan barangan yang tertentu.
- Aktiviti perniagaan perkhidmatan masih di tahap rendah.
Di dalam tempoh perancangan sehingga 2015, hierarki perdagangan di dalam konteks pembangunan daerah yang dicadangkan adalah ditunjukkan di dalam Jadual 3.5.
Jadual 3.6 Pengiraan Keperluan Kawasan Baru Bagi Menampung Pembangunan Perdagangan Di Daerah Setiu Sehingga Tahun 2015
Nota : Justifikasi Pengiraan
- 1 unit kedai setingkat bersaiz 20 kaki x 70 kaki dianggarkan mempunyai ruang lantai bersih lebih kurang 100 meter persegi
- 1 hektar tanah boleh dibangunkan untuk 50 unit kedai setingkat ( 5,000 meter persegi ruang lantai ) / 50 unit rumah kedai 2 tingkat ( 10,000 meter persegi ruang lantai ) / 50 unit kedai pejabat ( 15,000 meter persegi ruang lantai )
- Tambahan 50 peratus dari unjuran ruang lantai berdasarkan pertumbuhan penduduk diaplikasikan bagi menampung tekanan permintaan dari luar dan sebagai langkah kontingensi.
- Keluasan tanah yang diperlukan di atas hanyalah bertindak sebagai garispanduan bagi pembangunan perdagangan masa hadapan. Perancangan dan cadangan pembangunan sebenar lebih berorientasikan potensi pembangunan sesuatu lot tanah. Oleh itu, biasanya lebih tanah yang lebih luas akan dizonkan bagi pembangunan perdagangan yang baru.
Blok Perniagaan Baru Di Sungai Tong
Blok Perniagaan Sedia Ada
Cadangan projek-projek perniagaan mengikut keutamaan bagi keseluruhan Kawasan RTD Setiu bagi setiap Blok Perancangan Kecil (BPK adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.7 di bawah.
3.1.4 CADANGAN PERINDUSTRIAN
Bagi tempoh masa perancangan sehingga tahun 2015 ini, secara dasarnya, penstrukturan semula sektor perindustrian dari segi perancangan spatial dan fizikal akan dicadangkan.Ini adalah kerana, pada masa ini,tidak wujud satu fungsi asas, hierarki dan pengezonan yang jelas antara kawasan dalam konteks pembangunan perindustrian.
Masalah ketiadaan hierarki yang nyata pula mungkin berpunca dari kewujudan premis-premis industri perkhidmatan yang berselerak terutamanya yang terdiri dari bengkel-bengkel membaiki kenderaan dan jentera yang menyukarkan pembentukan satu hierarki yang nyata. Dalam konteks penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Setiu ini, usaha-usaha akan difokuskan kepada pembentukan cadangan yang dapat memenuhi dasar tersebut. Sejajar dengan matlamat ini,sebagai rangka asas, satu bentuk hierarki dicadangkan bagi pembangunan sektor perindustrian di KRT:-
- Saujana sebagai Pusat Perindustrian Daerah (PPD)
- Sungai Tong dan Sungai Bari sebagai Pusat Perindustrian Sekunder (PPS) yang bertindak sebagai menyokong pembangunan industri dan
- Pusat-Pusat Tempatan sebagai Pusat Perindustrian Kecil sebagai pusat-pusat IKS/bengkel
a) Cadangan Gunatanah Perindustrian
Sejajar dengan strategi keseluruhan pembangunan perindustrian yang tersebut di atas, beberapa kawasan yang sesuai bagi menampung keperluan masa hadapan sektor perindustrian telah dikenal pasti yang mana butiran terperincinya diringkaskan dalam Jadual 3.8. Cadangan projek-projek perindustrian sehingga tahun 2015 adalah seperti di Jadual3.9.Lokasi kawasan pembangunan perindustrian ini diberikan dalam Pelan-Pelan Subjek untuk Blok Perancangan (BP) yang berkaitan. Pada umumnya, unjuran keperluan kawasan perindustrian ini dibuat berdasarkan kepada unjuran penduduk.Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain juga yang diambilkira sama seperti faktor permintaan dari luar dan kontinjensi.
3.1.4 CADANGAN PERINDUSTRIAN
Bagi tempoh masa perancangan sehingga tahun 2015 ini, secara dasarnya, penstrukturan semula sektor perindustrian dari segi perancangan spatial dan fizikal akan dicadangkan.Ini adalah kerana, pada masa ini,tidak wujud satu fungsi asas, hierarki dan pengezonan yang jelas antara kawasan dalam konteks pembangunan perindustrian.
Masalah ketiadaan hierarki yang nyata pula mungkin berpunca dari kewujudan premis-premis industri perkhidmatan yang berselerak terutamanya yang terdiri dari bengkel-bengkel membaiki kenderaan dan jentera yang menyukarkan pembentukan satu hierarki yang nyata. Dalam konteks penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Setiu ini, usaha-usaha akan difokuskan kepada pembentukan cadangan yang dapat memenuhi dasar tersebut. Sejajar dengan matlamat ini,sebagai rangka asas, satu bentuk hierarki dicadangkan bagi pembangunan sektor perindustrian di KRT:-
- Saujana sebagai Pusat Perindustrian Daerah (PPD)
- Sungai Tong dan Sungai Bari sebagai Pusat Perindustrian Sekunder (PPS) yang bertindak sebagai menyokong pembangunan industri dan
- Pusat-Pusat Tempatan sebagai Pusat Perindustrian Kecil sebagai pusat-pusat IKS/bengkel
a) Cadangan Gunatanah Perindustrian
Sejajar dengan strategi keseluruhan pembangunan perindustrian yang tersebut di atas, beberapa kawasan yang sesuai bagi menampung keperluan masa hadapan sektor perindustrian telah dikenal pasti yang mana butiran terperincinya diringkaskan dalam Jadual 3.8. Cadangan projek-projek perindustrian sehingga tahun 2015 adalah seperti di Jadual3.9.Lokasi kawasan pembangunan perindustrian ini diberikan dalam Pelan-Pelan Subjek untuk Blok Perancangan (BP) yang berkaitan. Pada umumnya, unjuran keperluan kawasan perindustrian ini dibuat berdasarkan kepada unjuran penduduk.Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain juga yang diambilkira sama seperti faktor permintaan dari luar dan kontinjensi.
Jadual 3.8 Pengiraan Keperluan Kawasan Baru Bagi Menampung Pembangunan Perindustrian Di Daerah Setiu Sehingga Tahun 2015
Â
Keluasan tanah tambahan yang diperlukan di atas hanyalah bertindak sebagai rujukan dalam perancangan pembangunan kawasan perindustrian untuk daerah Setiu. Perancangan dan pemilihan tapak lebih bergantung kepada faktor potensi dan kesesuaian.
Berdasarkan kepada keperluan dan fungsi utama, hanya beberapa blok perancangan yang mempunyai cadangan-cadangan pembangunan perindustrian berskala besar akan dibincangkan secara terperinci. Blok-blok perancangan lain yang hanya bertindak sebagai Pusat Perindustrian Kecil yang pada umumnya dicadangkan pusat-pusat bengkel membaiki kenderaan dan kerja-kerja kejuruteraan hanya juga akan dibincangkan tetapi tidak secara sajer2 jerterperinci.