09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Tour Gateh D'Tranung Meriah

Sebanyak 27 pasukan termasuk kelab profesional luar negara bakal berentap dalam Kejohanan Tour Gateh D'Tranung 2022 atau Jelajah Berbasikal Terengganu yang bakal membuka tirainya bermula 20 hingga 25 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejohanan anjuran kerajaan negeri bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) itu melibatkan semua lapan laluan daerah di Terengganu membabitkan lima pusingan.

Beliau berkata, kejohanan jelajah basikal tertua di Malaysia yang dijenamakan semula selepas kali terakhir dianjurkan pada 2011 oleh PLBT itu sebahagian daripada pendekatan 'sports tourism' dalam usaha kerajaan merancakkan kembali sektor ekonomi dan pelancongan melalui aktiviti sukan berbasikal yang kian diminati pelbagai peringkat umur.

"Kita harapkan penganjuran sukan berbasikal terbesar ini yang bakal diadakan secara dwitahunan mampu memberikan impak positif bukan sahaja kepada atlet dalam usaha melahirkan lebih ramai pelumba basikal handalan negara bahkan kepada semua masyarakat setempat.

"Misi kita juga untuk merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri yang sebelum ini suram disebabkan wabak pandemik Covid-19 bermula 2020 lagi.

 "Jadi melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2021-2030, penjenamaan Terengganu sebagai 'Negeri Kayuhan Basikal' turut dijadikan teras utama bawah Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri," katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Jelajah Berbasikal Terengganu itu di Wisma Darul Iman, hari ini yang turut dihadiri Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya dan Timbalan Yang Dipertua PLBT yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) Mazlan Mohd Jail.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berjaya, kejohanan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Terbuka dan Bawah 23 Tahun dengan penyertaan daripada 13 pasukan negeri dan pasukan pembangunan negara selain 14 kelab profesional dalam dan luar negara.

"Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM60,000 ituturut disertai pasukan bertaraf benua Asia, Terengganu Poligon Cycling Team (TSG) serta dua kelab dari Singapura iaitu Specialized Dynasty Mavericks dan Singapore Cycling Federation," katanya.

Penganjuran yang boleh disaksikan seluruh peminat sukan berbasikal dunia itu akan disiarkan secara langsung melalui 'live streaming' bermula dengan pusingan pertama pada 21 Mac dari Kuala Terengganu ke Besut sejauh 130.9 kilometer (km) dan diikuti pusingan kedua bermula dari Setiu ke Hulu Terengganu membabitkan jarak 163.75km.

Seterusnya diikuti dari Marang ke Dungun sejauh 145.1km, Dungun ke Kemaman sejauh 111.4km dan terakhir 'Night Criterium' pada Jumaat sejauh 45km melibatkan laluan sekitar bandar Kuala Terengganu membabitkan 16 pusingan.


 Sumber : MetroTV | https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2022/03/821159/tour-gateh-dtranung-meriah-metrotv

Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.