09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

MAJLIS PELANCARAN RANCANGAN FIZIKAL ZON PERSISIRAN PANTAI NEGARA KE-2 (RPP-2)

MAJLIS PELANCARAN RANCANGAN FIZIKAL ZON PERSISIRAN PANTAI NEGARA KE-2 (RPP-2)
SETIU, TERENGGANU, 14 JUN 2022 – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Dokumen Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RPP-2) di Laman Seri Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu. Majlis Pelancaran dokumen ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pemegang taruh, jabatan/agensi berkepentingan serta masyarakat umum mengenai dokumen RPP-2 sebagai panduan perancangan pembangunan di zon persisiran pantai.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT dan YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

'KOMUNITI DAN PANTAI : Kita Pelihara, Nikmati Bersama’ merupakan tema bagi dokumen ini dalam menentukan kesesuaian perancangan ruang geografi di zon persisiran pantai bagi memacu pembangunan persisiran pantai yang stabil dan secara berterusan.
Fokus utama dokumen ini adalah menyediakan satu pelan rancangan strategik guna tanah terhadap hala tuju penggunaan, pemuliharaan dan pengurusan alam semulajadi di sepanjang lebih 3,800 km persisiran pantai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan terhadap kemampanan spatial dan daya tahan perubahan iklim khususnya pelan perancangan dan pembangunan guna tanah persisiran pantai yang lebih menyeluruh.

Dokumen RPP-2 ini telah mengambil kira ancaman geobencana seperti hakisan pantai, bencana tsunami, dan kenaikan paras air laut yang memberi kesan kepada kawasan penempatan penduduk serta perbandaran di sepanjang persisiran pantai negara.
Penerbitan RPP-2 ini juga adalah selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta melengkapi Rancangan Fizikal Negara ke-4 IRFN-4) dalam memacu

pertumbuhan ekonomi, menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta memelihara alam sekitar secara menyeluruh dan berterusan. Ia juga perlu diperhalusi
dan diangkat menjadi rujukan penting dalam soal pembangunan di sepanjang pesisiran pantai seiring dengan agenda KPKT iaitu mewujudkan Malaysia Berdaya
Huni atau ‘Liveable Malaysia’.

sumber berita: FB PLANMalaysia
Image-rpp2
Image-rpp2
Image-rpp2
Image-rpp2
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.