09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Karnival Komuniti @ Kampung Che Mohid

08 Jun 2024, Sabtu — Majlis Daerah Setiu dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Karnival Komuniti @ Kampung Che Mohid dibawah pelaksanaan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB). Pelbagai acara telah diadakan antaranya gotong royong keindahan masjid, sukaneka rakyat seperti main bola dalam sawah, tangkap itik, tarik upih, pukul bantal, tunggang basikal atas titi dan lain-lain lagi. Pameran daripada World Wildlife Fund (WWF) serta Demonstrasi pemadaman api kebakaran turut diadakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Setiu.
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Encik Mohd Zalizan Sulong serta Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Encik Mohd Rahimee Mohd Ramli turut hadir memeriahkan karnival tersebut. Selain itu, Tuan YDP dan Tuan SU turut serta menanam pokok sebagai simbolik pembukaan karnival ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh komuniti Kampung Che Mohid, Agensi yang terlibat dan kakitangan MDS atas segala kerjasama sepanjang karnival ini berlangsung. Semoga kerjasama ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Majlis Daerah Setiu dan masyarakat.
Kita semua terbaik!

Image-townhall
Image-townhall
Image-townhall
Image-townhall
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu