09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Soalan Lazim

Image

Soalan Lazim

Proses Kelulusan Pelan Bangunan, Perancangan Dan Pemajuan Tanah

1. Apakah syarat-syarat permohonan kelulusan Pelan Bangunan Rumah Sesebuah?

Mengemukakan lima (5) set pelan biasa:-

Pelan mestilah ditandatangani oleh pemilik dan pelukis pelan berdaftar (keluasan tidak melebihi 3000 kaki persegi) / arkitek profesional (keluasan melebihi 3000 kaki persegi). Salinan hak milik tanah dan carian rasmi, perjanjian jual beli atau kebenaran (sekiranya berkaitan)
       - Borang A-A3/1
       - Surat ulasan daripada jabatan tenikal
    
         a) Rumah kekal
                i. JKR Daerah Setiu.
               ii. Jabatan Kesihatan Daerah Setiu
              iii. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) Cawangan Timur.
              iv. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Terengganu
                  ( jika di laluan utama )
               v. Jabatan Bekalan Air Negeri.

         b) Rumah Sementara / Separuh Kekal
               i. JKR Daerah Setiu ( jika laluan utama )
              ii. Jabatan Kesihatan Daerah Setiu

2. Berapa lamakah proses kelulusan pelan bangunan?

Lima (5) minggu daripada tarikh menerima permohonan yang lengkap.

3. Berapa lamakah proses pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO)?

Empat belas hari (14) daripada tarikh menerima borang E yang telah lengkap berserta pandangan teknikal jabatan yang perlu.

4. Bagaimanakah sesuatu proses perancangan dan pemajuan tanah dibuat?

Setelah menerima permohonan, siasatan akan dibuat dan ulasan jabatan teknikal seperti JPBD.Tr dan JKR (jika perlu) dipohon.

Permohonan ini akan dibawa ke pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan, Bangunan dan Kerja-kerja awam untuk dibincangkan dan membuat keputusan.

Keputusan ini akan disahkan di dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Setiu.

Keputusan yang telah disahkan akan dihantar kepada Pejabat Tanah Setiu.

Proses ini akan mengambil masa selama lima (5) minggu.

5. Bolehkah seseorang membina sesebuah bangunan tanpa kelulusan MDS?

Tidak dibenarkan seseorang membina bangunan tanpa kelulusan atau kebenaran YDP Majlis Daerah Setiu.

6. Apakah tindakan Majlis Daerah Setiu terhadap pembinaan bangunan haram?

MDS akan mengenakan kompaun dan notis supaya merobohkan bangunan berkenaan.

7. Bagaimanakah seseorang hendak membina gerai sementara di tepi jalan utama?

Perlu kemukakan permohonan kepada pentadbiran MDS beserta dengan lakaran pelan bangunan dan layout tapak.

Kedudukan bangunan perlu di luar ‘reserve jalan' dan anjakan daripada ‘reserve jalan' ialah 6 meter

8. Berapa lamakah kelulusan sesuatu pelan bangunan yang telah diluluskan?

Satu tahun daripada tarikh kelulusan pelan.

9. Bolehkah kelulusan pelan ini disambung jika melebihi satu tahun?

Pemohon boleh mengemukakan lanjutan masa dan kelulusan akan diberi satu tahun. 

10. Bolehkah bayaran proses kelulusan pelan diberi pengecualian?

Tidak boleh, bayaran proses pelan akan dikenakan dengan kadar sebagaimana jadual 1 UBBL.

11. Bagaimanakah seseorang itu boleh menyewa dewan, peralatan dan jentera MDS?

Seseorang itu bolehlah datang sendiri ke MDS dan mengisi borang tempahan atau melalui surat permohonan seminggu sebelum tarikh penggunaan.

12. Bilakah keputusan boleh diterima daripada tempahan tersebut?

Dalam masa satu (1) hari bergantung kepada kekosongan tempahan.

 

Penguatkuasaan

1. Berapakah kadar kompaun yang boleh dikenakan bagi setiap kesalahan yang dilakukan?

Tidak melebihi RM 250.00.

2. Berapa lamakah tempoh ternakan ditahan sebelum ia dilupuskan?

7 hari dari tarikh ditangkap.

3. Apakah kuasa yang ada pada Majlis untuk menangkap ternakan berkeliaran?

Kuasa yang diperuntukkan oleh Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDS) 1991 Bilangan 6(2).

 

Pelesenan Dan Kutipan Sisa Pepejal

1. Bagaimanakah cara untuk memohon sesuatu lesen?

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan dan boleh didapati di kaunter hasil Majlis Daerah Setiu.

2. Berapa lamakah sesuatu lesen premis itu diluluskan?

Dalam tempoh tidak lebih daripada 3 bulan sekiranya semua dokumen yang diperlukan mencukupi.

3. Bagaimanakah sekiranya gagal untuk menjelaskan bayaran lesen?

Kelulusan lesen akan dibatalkan dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranyaperniagaan dijalankan tanpa lesen.

4. Bolehkah lesen dipindah milik?

Boleh, tetapi setelah mendapat kelulusan bertulis dari pihak Majlis.

5. Di manakah bayaran Bil Sisa Pepejal boleh dibuat?

Di kaunter Hasil Majlis Daerah Setiu atau melalui kaunter bergerak yang diadakan di kawasan tertentu sahaja.

6. Bagaimanakah sekiranya bayaran bil kutipan sisa pepejal tidak dijelaskan?

Perkhidmatan kutipan akan ditamatkan jika bil mempunyai tunggakan selama 3 bulan.

7. Berapa lamakah tempoh masa untuk menjelaskan bayaran bil kutipan sisa pepejal?

7 hari.

8. Bolehkah bayaran sisa pepejal dibuat tanpa membawa bil bersama?

Boleh, tetapi hendaklah memberitahu nama dan alamat yang tepat sebagaimana yang dinyatakan di dalam bil.

9. Bolehkah mana-mana orang awam membuang sisa / sampah-sarap di tapak pelupusan Majlis Daerah Setiu?

Boleh setelah memperoleh kelulusan dari pihak Majlis Daerah Setiu dan dikenakan bayaran.

 

Cukai Pintu

1. Apakah Itu Cukai Pintu?

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

2. Kenapakah Kita Perlu Membayar Cukai Pintu?

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan bandar, membina atau menyelenggara taman rekreasi, pemotongan rumput, membayar bil lampu jalan dan sebagainya untuk kesejahteraan masyarakat.

3. Apakah Yang Saya Perlu Dilakukan Jika Tidak Menerima Bil?

Datang ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil tuan/puan. Bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-

  • No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.
  • No. Akaun (jika ada) atau
  • Bawa bil lama untuk rujukan

***Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu