MENU

2.2 Asas Pembentukan Konsep Dan Strategi Pembangunan Daerah Setiu

Di antara objektif dan strategi pembangunan yang diambil kira di dalam pembentukan konsep dan strategi pembangunan untuk Daerah Setiu adalah seperti berikut ;

  1. Manifesto Kerajaan Negeri – Islam Hadhari Terengganu Bestari
  2. Strategi Pembangunan Nasional
  3. Konsep Dan Strategi Pembangunan Wilayah Utara Negeri Terengganu
  4. Rancangan Struktur Majlis Daerah Setiu Dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Setiu 1991 – 2010 Dan Rancangan Pembangunan Daerah Setiu 1991.
  5. Dasar- dasar di dalam Rancangan Fizikal Negara
  6. Cadangan dasar- dasar dan strategi- strategi pembangunan di dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu.

2.3 Konsep Pembangunan Dan Strategi Wilayah Terengganu Utara

Konsep pembangunan dan strategi wilayah Terengganu Utara (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu) menunjukkan pembangunan spatial yang mempunyai empat zon utama iaitu bandaran dan pusat pertumbuhan, pertanian, perhutanan dan pengekalan dan pelancongan.

Konsep dan strategi wilayah ini adalah berdasarkan isu- isu yang telah dikenal pasti seperti berikut ;

  • Keperluan untuk mempelbagaikan asas ekonomi,
  • Keperluan untuk meningkatkan sistem pengangkutan dan lalu lintas,
  • Pembangunan perlu dijalankan secara bersepadu,
  • Pusat pertumbuhan yang padat perlu dipertingkatkan; dan
  • Pengurusan sumber semula jadi dan alam sekitar yang cekap
  • Perlunya mempertingkatkan jumlah kadar pertumbuhan penduduk