MENU

Antara pengangkutan awam yang terdapat di Daerah Setiu ialah :-

Pengangkutan Bas Ekspres

Ekspres Mutiara merupakan pengangkutan awam yang boleh digunakan untuk perjalanan jauh, di mana ia menyediakan perjalanan dari Setiu ke Kedah dan juga dari Setiu ke Kuala Lumpur. Terminal bas ekspres ini terletak di pusat Bandar Permaisuri yang menempatkan satu kaunter tiket untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh memilih waktu perjalanan sama ada pada sebelah pagi ataupun malam.

Pengangkutan Teksi

Pengangkutan awam ini merupakan salah satu pilihan penduduk tempatan Setiu. Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh menyewa untuk ke destinasi-destinasi seperti dari Setiu ke Kuala Terengganu, Setiu ke Jertih, Setiu ke Tasik Kenyir, Setiu ke Jeti Merang.

Pengangkutan Bas Tempatan

Pengangkutan ini menjadi pilihan utama penduduk tempatan kerana kos yang lebih murah berbanding pengangkutan teksi. Bas tempatan beroperasi dari seawal pagi sehingga jam 7 malam. Pengangkutan ini menyediakan perkhidmatan untuk ke destinasi dari Setiu ke Jertih, setiu ke Kuala Terengganu. Bas Tempatan boleh didapati kira-kira sejam sekali untuk dari Setiu ke Kuala Terengganu dan 2 jam sekali untuk perjalanan dari setiu ke Jertih.

Untuk ke Bandar Permaisuri, di mana terletaknya Wisma Majlis Daerah Setiu. Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan bas ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Jika menggunakan perkhidmatan teksi ataupun bas daripada Kuala Terengganu, pengunjung perlu menuju ke Bandar Permaisuri dan telah sedia maklum oleh pemandu teksi dan bas.