MENU

Panduan

Urusetia Pusat Setempat (One Stop Centre-OSC)

Pusat Setempat boleh menerima permohonan seperti berikut:-

  1. Permohonan serentak tukar syarat dan pecah sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit
  2. Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberi milikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit 
  3. Permohonan perihal tanah dan kebenaran merancang
  4. Permohonan perihal tanah, kebenaran merancang serta pelan bangunan
  5. Permohonan kebenaran merancang
  6. Permohonan pelan bangunan
  7. Permohonan pelan kerja tanah
  8. Permohonan pelan jalan dan parit
  9. Permohonan dan pengeluaran CFO
  10. Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC
  11. Pengeluaran laporan ketidakpatuhan sistem CCC

     Di bawah inisiatif yang telah dilancarkan ini, pemohon adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan secara serentak iaitu permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bengunan dan pelan-pelan lain kepada Urusetia Pusat Setempat. Namun demikian, pemohoh masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan secara berturutan atau berasingan kepada Urusetia Pusat Setempat. Dari segi normal, masa memproses adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dikemukakan dan tidak tertakluk kepada jangkamasa 4 bulan atau 6 bulan seperti yang telah diputuskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007.

Carta 1 : Mekanisme Memproses Secara Serentak Bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ)  Carta 2 : Mekanisme Memproses Secara Serentak Bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ)

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Garis Panduan Amalan 5S

[Klik imej untuk paparan yang lebih jelas]