MENU

Majlis Daerah Setiu telah menganjurkan satu program gotong-royong "Cintailah Lata Payong" pada 29 April 2013 bertempat di Lata Payong, Langkap Setiu. Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Johan Bin Ibrahim, Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu.

Penyertaan daripada kalangan kakitangan Majlis Daerah Setiu, Pihak Bomba, Jabatan Perhutanan dan juga masyarakat kampung dengan anggaran awal 200 orang telah berjaya memberi nafas baru kepada persekitaran Lata Payong. Disamping itu juga, pihak MDS juga telah mengenalpasti beberapa keperluan baru serta keperluan baik pulih kepada infra di Lata Payong itu sendiri.

"Cintailah dan Hargailah Alam Semulajadi Anugerah Tuhan"

latalata

lata