MENU

Satu Perjumpaan kakitangan bulanan Majlis Daerah Setiu telah diadakan bertempat di auditorium MDS. Antara program yang diadakan pada majlis perjumpaan tersebut ialah Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Setiuku, Ikrar Penjawat Awam dan Ucapan Yang Dipertua.  Turut diadakan ialah simbolik Penyerahan Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau (Pejalan Kaki) dan Portal 5 Bintang daripada Setiausaha kepada Yang Dipertua. Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Bulanan) kepada 12 orang kakitangan Majlis Daerah Setiu dan penyampaian hadiah daripada Kelab Sukan (Honorarium) kepada kakitangan MDS juga telah diadakan semasa perjumpaan tersebut. Majlis telah diakhiri dengan bacaan doa dan minum pagi.