MENU

Perjumpaan kakitangan bulanan Majlis Daerah Setiu bagi bulan Mac 2013 telah diadakan bertempat di Wisma MDS. Antara program yang diadakan pada majlis perjumpaan tersebut ialah Nyanyian Lagu Negaraku dan Setiuku, Ucapan oleh YDP MD Setiu, Majlis Penyerahan Sijil 5S, Penyampaian Pangkat dan Watikah Perlantikan (Penguatkuasa), Penyampaian Cenderahati kepada Pesara, Sumbangan Kelab Sukan kepada Kakitangan berkaitan dan Anugerah Khidmat Cemerlang Bulanan.