MENU

5 Januari 2013 - Satu Kejohanan Bowling tertutup anjuran Majlis Daerah Setiu telah diadakan bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai dan telah dirasmikan oleh Adun Permaisuri, Y.B. Abdul Halim bin Jusoh. Kejohanan yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu telah disertai oleh sepuluh kumpulan iaitu satu kumpulan daripada Y.B dan sembilan kumpulan daripada Majlis Daerah Setiu. Kumpulan yang diketuai oleh En Roslan B Ramli telah menjadi johan pada pertandingan tersebut.