-
Komitmen kakitangan menjamin layanan dengan mesra dan adil lagi saksama serta perkhidmatan yang terbaik.
-
Sedia memberi khidmat kepada pembayar-pembayar cukai dengan cekap, amanah dan berkualiti.
-
Kami memastikan setiap permohonan yang dikemukakan diproses menepati tempoh yang ditentukan dengan cekap dan amanah.
-
Tegas dan adil adalah amalan kami dalam mengawal dan menjaga kepentingan awam di dalam kawasan MDS.
-
Memastikan pembangunan di MDS membangun secara terancang bagi menjamin kualiti hidup yang tinggi serta selaras dengan Wawasan Nasional.
-
Bil Cukai Taksiran Harta dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
-
Mempertingkatkan pemberian perkhidmatan Bandar yang berkualiti tinggi, cekap dan berkesan kepada masyarakat.
-
Memastikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan komersial dan 3 kali seminggu di kawasan taman-taman perumahan dan 2 kali sebulan bagi kerja-kerja pemotongan rumput serta pembersihan longkang dengan teratur, tepat dan mengikut jadual.
-
Menimbang permohonan pelan-pelan bangunan dalam tempoh 11 minggu dari tarikh didaftarkan untuk memberi kelulusan dan pengeluaran CFO dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan tertakluk kepada syarat-syarat telah dipatuhi.
-
Melaksana, menguatkuasa serta memastikan segala Akta-akta dan Undang-undang Kecil sentiasa dipatuhi.
-
Merancang, melaksana dan penyelenggaraan projek-projek sosio-ekonomi yang memberi demi keselesaan kepada penduduk.
-
Memastikan semua harta-harta di dalam kawasan Majlis dibuat penilaian terperinci untuk Cukai Taksiran berpandukan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
-
Menguruskan dengan cekap perkara-perkara yang berkaitan kewangan serta peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.
-
Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan/perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesaham, kemasukan dalam jawatan berpencen, permohonan cuti, kursus, disiplin dan tatatertib serta lain-lain dari masa ke semasa.